ALAT PEMADAM API DI RUMAH : PERLU ATAU TIDAK ?


Lazimnya, alat pemadam api atau lebih dikenali sebagai fire extinguisher sering kali di lihat di premis-premis besar seperti di institusi, jabatan dan pusat membeli belah. Tapi pernah tidak terfikir alat pemadam api di rumah ? Ya di rumah. 

Fungsi utama alat pemadam api ini pada asasnya adalah untuk mencegah kebakaran kecil daripada menjadi lebih besar dan mengelakkan berlakunya kerugian yang melibatkan ribuan ringgit. Terdapat sebilangan kecil masyarakt yang hanya menyedari akan kepentingan untuk memiliki alat pemadam api mudah alih di rumah. Kemungkinan untuk berlakunya kebakaran di rumah adalah mustahil bagi sebilangan masyarakat tetapi untuk kemungkinan kebakaran itu berlaku juga tidak mustahil.

Berikut merupakan artikel berita yang berkaitan dengan kebakaran di rumah:






daripada artikel-artikel ini dapat dirumuskan yang kebakaran juga boleh berlaku di rumah. Disini kita dapat lihat betapa pentingnya alat pemadam api di rumah sebagai langkah awal sebelum terjadinya yang lebih buruk.

Alat pemadam api mudah mempunyai banyak jenis dan berat yang berbeza. Jenis pemadam api mudah alih atau APAR adalah penting kerana setiap fungsi bagi setiap jenis APAR adalah berbeza untuk setiap kebakaran. Tidak semua jenis dapat memadamkan api kebakaran yang sama. Setiap jenis mempunyai fungsi yang berbeza untuk setiap punca kebakaran.

Berikut merupakan jenis kandungan alat pemadam api berserta jenis kebakaran :



daripada rajah diatas, dapat dilihat yang setiap alat pemadam api mempunyai jenis isian yang berbeza mengikut fungsi masing-masing.



Jenis ABC adalah Lebih Baik ?

APAR mempunyai banyak jenis seperti Air, Powder, Co2 dan Foam. Fungsi bagi jenis-jenis ini adalah berbeza dan tidak semua sesuai digunakan pelbagai jenis kebakaran.

Untuk jenis Air, ianya boleh digunakan untuk memadamkan api kelas A iaitu objek padat yang boleh menyebabkan kebakaran seperti kertas dan kayu. Tetapi untuk jenis Air ini ia tidak sesuai digunakan untuk punya kebakaran kelas C iaitu punca kebakaran daripada elektrik. Ini kerana Air (H2O) merupakan konduktor  elektrik yang baik.

Untuk jenis Foam pula iaitu Buih ia boleh digunakan untuk memadamkan api kelas A iaitu objek padat dan B iaitu cecair seperti minyak, cat dan diesel. Fungsi untuk jenis ini adalah untuk menurunkan suhu pada kebakaran yang berpunca daripada  kelas A dan B. Ketika api sedang marak, unsur yang terdapat padanya ada 3 iaitu oksigen, bahan bakar dan bahang panas. Jadi dengan menghilangkan salah satu  unsur di dalam api tersebut, serta merta api kebakaran tersebut akan terpadam.

Untuk jenis Co2 iaitu gas karbon dioksida ia sesuai digunakan untuk kebakaran kelas C iaitu elektrik. Co2 ini mengandungi unsur gas karbon + 2 oksigen. Gas ini  tidak akan merosakkan alatan elektrik seperti di dalam makmal,server dan tempat-tempat yang mempunyai banyak peralatan elektrik.

Untuk jenis powder/debu kering pula, ia dapat memadamkan kebakaran untuk 3 jenis kelas iaitu kelas A,B dan C. Penggunaan debu kering lebih berkesan dan lebih mudah digunakan untuk 3 kelas kebakaran ini. Cuma  untuk jenis ini ia perlu diselenggara setiap bulan bagi mengelakkan debu kering menjadi mampat.

Sebarang pertanyaan mengenai alat pemadam api boleh menghubungi 013-4154284 (ROSLI) .

Disediakan oleh: Raudatul Aini
Pada : 6 Mac 2020



Comments

Popular Posts