PUNCA KEBAKARAN RUMAH
Gambar Hiasan |
Di Malaysia, kebakaran rumah sering sahaja terjadi pada setiap tahun. Kebakaran ngeri ini yang telah meragut banyak nyawa serta harta benda musnah dijilatnya, Terkadang kebakaran ini berpunca daripada kecuaian tuan rumah sendiri. Terdapat beberapa habit buruk segelintir masyarakat kita yang tidak sedar yang sikap tersebut dapat mengundang bahaya kepada diri sendiri serta keluarga.
1. Gemar menggunakan extension cords
Majoriti masyarakat Malaysia gemar menggunakan extension cords kerana banyak suis dapat disambungkan dalam satu cords akan tetapi penggunaan extension cords yang terlalu banyak dapat menyebabkan litar pintas yang bakal mengundang kepada kebakaran yang meragut nyawa.
Dinasihatkan supaya peralatan elektrik yang didekatkan ke dinding seperti peti sejuk dan periuk nasi menggunakan hanya satu suis sahaja yang di dinding ( tidak berkongsi extension cords ).
2. Peralatan elektrik bercampur
Terdapat peralatan elektrik yang diletakkan rapat antara peralatan yang elektrik yang lain. Peralatan yang diletakkan seperti ini menyebabkan peralatan elektrik tersebut tidak dapat mengeluarkan haba dengan maksimum yang membolehkan berlakunya kebakaran kerana haba yang tinggi dikeluarkan.
3. Tidak menutup peralatan elektrik
Habit yang seringkali dilakukan oleh sebanyakkan masyarakat adalah tidak menutup peralatan elektrik ketika keluar rumah. Kadang-kadang bergegas keluar rumah sampai lupa untuk menutup peralatan elektrik seperti kipas dan lampu juga menjadi punca berlakunya kebakaran akibat lintas pintas. Bukan sahaja litar pintas sahaja malah bil elektrik juga melambung tinggi jika habit ini terus dilakukan. Sebaiknya tutup semua suis dan plug supaya kemalangan atau kebakaran dapat dielakkan.
4. Tinggal masakan di dapur tanpa pengawasan
Meninggalkan masakan di dapur tanpa pengawasan juga sering kali berlakunya kebakaran rumah. Masakan yang ditinggalkan kemungkinan akan hangus atau hangit yang menyebabkan tercetusnya kebakaran. Seeloknya jangan tinggalkan masakan begitu sahaja tetapi memberitahu ahli keluarga lain supaya mereka juga peka yang terdapat masakan di dapur ataupun sebaiknya siapkan masakan sehingga selesai supaya risiko untuk berlakunya kebakaran tiada.
5. Tidak menyimpan bahan cecair mudah terbakar di tempat selamat
Bahan cecair mudah terbakar seperti penyembur nyamuk, mini gas dapur mudah meletup jika diletakkan berdekatan dengan dapur kerana bahan cecair tersebut adalah aktif dan sangat mudah bertindak balas dengan haba yang panas. Sebaiknya diletakkan di tempat yang selamat seperti di dalam kabinet dalam suhu bilik dan tinggi supaya tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak.
6. Memasang lilin atau lingkaran ubat nyamuk
Kedengaran seperti mustahil tetapi masih ada lagi disebahagian rumah yang masih menggunakan lilin atau pun lingkaran ubat nyamuk lebih-lebih lagi ketika terputus bekalan elektrik pada waktu malam. Lilin atau ubat nyamuk yang ditinggalkan tanpa pengawasan dapat mengakibatkan kebakaran lagi-lagi bila diletakkan berdekatan dengan langsir ataupun katil.
7. Merokok
Majoriti masyarakat Malaysia mempunyai tabiat merokok yang sangat tinggi. Golongan yang suka merokok ini mampu menghabiskan dua atau tiga kotak rokok dalam masa 2 hari terutamanya perokok tegar. Tabiat yang buruk ini boleh mengundang bahaya serta kebakaran lagi-lagi jika merokok di dalam rumah. Putung rokok yang tidak dipadamkan apinya secara keseluruhan menjadi punca berlakunya kebakaran.Tabiat buruk ini merupakan punca utama berlakunya kebakaran di rumah.
Disediakan oleh : RAUDATUL AINI BINTI HOLIDIN
Pada: 13 March 2020

Comments
Post a Comment